Rakyat terus sokong sambutan ulang tahun Warisan dan presiden
HONORSIUS |
KOTA KINABALU: 21-10-17 - Solidariti kalangan penggerak Parti Warisan Sabah yang datang dari pelbagai kawasan bagi memperingati hari ulang tahun pertama parti dan meraikan hari jadi ke-60 Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal amat disanjung tinggi.
Ketua Penerangan Warisan, Honorsius Datuk Alfred Bosuin berkata sesungguhnya kehadiran ramai tanpa dirancang dan tanpa koordinasi di luar perkarangan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu menyemarakkan lagi semangat parti untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negeri Sabah.
“Pucuk pimpinan Warisan khususnya amat berterima kasih atas semangat ramai yang datang memberi ucap selamat dan doa restu ketika mana pucuk kepimpinan parti menerima tekanan dari pihak lawan,” kata Honorsius.
Menurut Honorsius lagi, perkara yang amat dihargai ialah kesetiaan para penyokong secara beretika tanpa provokasi sepanjang menunggu proses mahkamah dari pagi sehingga petang dalam keadaan cuaca yang kurang baik.
Datuk Peter Anthony berucap di tengah kerumunan penyokong Warisan |
Honorsius menegaskan, warna-warni rakyat Sabah berbilang keturunan yang menunggu di luar mahkamah memperlihatkan betapa Sabah dan rakyatnya menaruh harapan tinggi kepada Warisan untuk memperbaiki nasib mereka yang memerlukan pembelaan.
“Laungan ‘Sabah Ubah’ menjadi azimat Warisan meneruskan agenda perubahan rakyat Sabah dan ungkapan ‘Happy Birthday Datuk Seri’ menjadi restu kepada pucuk pimpinan untuk terus berpihak kepada rakyat mengembalikan maruah orang Sabah,” kata Honorsius.Munirah Majilis Ketua Wirawati Warisan |
Honorsius berharap, hadirin yang kini sudah kembali ke kawasan masing-masing agar terus ingat pesanan para pemimpin parti bagi melaksanakan pelbagai program menemui rakyat di kampung-kampung dalam rangka memperkukuhkan lagi kekuatan parti.
YB Junz Wong Naib Presiden Warisan |
No comments:
Post a Comment