Cerita 'lontong' tidak pernah wujud di Melalap seperti yang disiarkan sabahkini2.com
Oleh
HENRY BATING
TENOM (8 Sept 2018):
Parti Warisan Sabah di sini mengecam siaran portal anti-kerajaan sabahkini2.com
yang menyiarkan berita berunsur fitnah dan mengaibkan suku kaum Murut Melalap dengan
menyatakan ‘Sihir ‘lontong’ alasan Menteri Warisan takut bertemu rakyat
Melalap’.
MARIUS (tengah) dan Jeffrey bersama Warisan Tenom selepas membuat laporan polis. |
Laporan
dibuat di Balai Polis Tenom hari ini oleh Marius Umbul dari Melalap
diiringi Pegawai Media Warisan Tenom, Jeffrey Ahmad dan para pemimpin bahagian
serta akar umbi parti itu di sini.
“Apa
yang dilaporkan oleh Sabahkini2.com adalah berniat jahat untuk menjatuhkan imej
Adun Melalap serta mempunyai agenda untuk kepentingan politik”.
“Mengaitkan
sihir ‘lontong’ juga adalah cubaan untuk memberikan persepsi yang penduduk
Melalap masih mengamalkan ilmu sihir dan ia adalah cubaan memalukan penduduk
Melalap yang umum ketahui kini sudah mengamalkan kehidupan beragama,” kata
Jeffrey.
Menteri
yang dimaksudkan portal tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Melalap Datuk Peter Anthony yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri
Sabah.
Dalam
laporannya, Marius menafikan wujud amalan ‘lontong’ (guna-guna yang boleh
menyebabkan perut busung) di Melalap dan meminta portal sabahkini2.com menarik
balik siaran itu kerana jelas memfitnah Peter dan mengaibkan masyarakat Murut
yang menjadi penduduk dominan di sini.
Marius
juga meminta portal itu serta pihak-pihak terlibat agar memohon maaf secara
terbuka kepada Peter dan masyarakat Murut keseluruhannya.
Sementera
itu Jeffrey menafikan Peter tidak pernah bersama rakyat seperti yang didakwa
portal itu kerana walau sibuk dengan tugas kementerian, Peter tetap meluangkan
masa sekali seminggu melawat pelbagai kemudahan mendesak di sini serta menghadiri
pelbagai program termasuk perayaan keagamaan.
Manakala
dalam kesusahan keluarga seperti ditimpa bencana dan kematian serta majlis
perkahwinan, Peter selalu memastikan ada pemimpin kanan bahagian datang
mewakilinya.
Peter
juga telah menyalurkan peruntukan untuk Yayasan Masyarakat Cina Tenom dan
Yayasan KDM Malaysia untuk membantu anak-anak keluarga di sini yang memerlukan
bantuan persekolahan serta melanjutkan pengajian tanpa mengira agama dan
keturunan.
Terbaru
Peter bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pengarah Jabatan Air Sabah
(JAS) mengadakan tinjauan terhadap pelbagai kemudahan awam yang memerlukan
perhatian serius di kawasan DUN Melalap.
PETER (ketiga kiri) dalam satu tinjauan kemudahan awam di kawasan DUN Melalap. |
Siaran
portal itu memetik James, 46, sebagai sumber yang menyatakan mereka selaku
pengundi Melalap seperti dianak tiri selepas menang dengan taburan pelbagai
janji dan ditipu hidup-hidup.
“Bukan
saja janji tidak ditunai malah kalau ada majlis kahwin, sakit atau kematian,
Peter tidak berkunjung sebaliknya hanya menghantar wakil,” kata James dipetik sebagai
berkata.
Manakala
Rosli, 30, dipetik portal itu sebagai berkata, kononnya Peter ini takut ziarah
penduduk sebab dimaklumkan di kawasan Melalap terkenal dengan ilmu sihir ‘lontong’.
“Mahu
dicari orang yang dipetik portal itu sebab dakwaannya betul-betul menjatuhkan
maruah kaum Murut khasnya kawasan Melalap,” kata Stella Wilfred dari sayap
Wanita Warisan Melalap.
Asmah
Abdullah dari Kg Uloi menegaskan Peter telah menunjukkan komitmen sebagai
pemimpin kawasan Melalap yang sentiasa bertungkus-lumus dibantu para pemimpin
kanannya.
Screenshot paparan sabahkini2.com yang menghina masyarakat Murut Melalap |
No comments:
Post a Comment