Sebuah rumah di Kg Rinasuk hangus dalam kebakaran pagi Ahad
RUMAH terbakar tidak dapat diselamatkan. |
Oleh
HENRY BATING
21 Jan 2019
PITAS:
Sebuah rumah di Kg Rinasuk Bai, kira-kira 10km dari sini hangus dalam kebakaran
jam 9.20 pagi Ahad ketika keluarga pemilik rumah PPRT berstruktur kayu beratap
zink itu sedang menghadiri ibadat gereja.
Ketua
Penyelaras Parti Warisan Sabah Pitas Mohd. Zinin Andong Ajak berkata pihaknya
menerima makluman tentang kebakaran itu ketika kejadian berlaku lalu melawat keluarga
mangsa untuk menghulurkan simpati.
“Laporan
polis tentang tragedi itu telah dibuat oleh keluarga yang terlibat,” kata
Zinin.
Dalam
laporannya, pemilik rumah Japanus Makampun menyatakan tidak dapat dipastikan
punca kebakaran rumah berukuran 30x40 kaki itu namun bersyukur kerana tiada
kemalangan jiwa berlaku.
SUASANA rumah Japanus selepas kebakaran. |
Kerugian diperkirakan sebanyak RM72,000 yang melibatkan kemusnahan pelbagai barangan keperluan harian dan semua dokumen pengenalan diri beserta sijil-sijil.
Menurut Zinin pihaknya diberitahu kebakaran berlaku dengan pantas sehingga panggilan kecemasan kepada pihak Bomba di Kota Marudu tidak sempat dilakukan untuk mendapatkan bantuan memadam api.
Difahamkan bangunan Bomba dan Penyelamat Pitas sedang dibangunkan di mana selama ini Pitas terletak di bawah kawasan perkhidmatan balai Bomba Kota Marudu.
Dalam kunjungan kepada keluarga terlibat, Zinin menyampaikan bantuan berbentuk keperluan harian untuk meringankan bebanan keluarga berkenaan.
ZININ menyampaikan sumbangan kepada mangsa. |
No comments:
Post a Comment