KDM Malaysia menyeru masyarakat KDM tolak BN
PETER (duduk tengah) bersama AMT KDM Malaysia selepas AGM Sabtu |
Oleh
DONNEYSIUS ANSUKU
KOTA
KINABALU: Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia mengambil pendirian
jelas menyeru masyarakat KDM menolak Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum
ke-14.
Presiden
KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata masyarakat KDM mesti menghantar mesej
yang jelas kepada BN iaitu Sabah memerlukan kepimpinan naratif baru dalam
landskap politknya.
PETER berucap di AGM KDMM |
"Jangan
takut untuk berubah dan berhijrah memilih pilihan lain selain BN kerana BN
sudah tidak seperti dulu lagi, sudah terpesong dari perjuangan asalnya,"
kata Peter.
Peter
berkata demikian semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pertubuhan itu di salah
sebuah hotel di sini pada Sabtu.
Menurut
Peter, BN telah gagal mengurangkan jurang keberadaan antara kaum malah semakin melebar terutama
dari segi prasarana fizikal dan pembangunan luar bandar.
"Di
Sabah dan Sarawak, pembangunan masih lagi menjadi isu dasar di kawasan
pedalaman, isu prasarana masih jauh dari memadai.
"Faktor
penyumbang ketidaksamarataan pembangunan adalah pelbagai tetapi yang paling
nyata ialah kurangnya inisiatif wakil rakyat BN dalam membantu merencanakan
program-program yang boleh melonjakkan aktiviti ekonomi dan pembangunan,"
katanya.
"Kita
pilih parti yang benar-benar memahami keperluan masyarakat KDM dan Sabah, parti
yang tidak memerlukan orang Semenanjung memberitahu kita bagaimana kita
segarusnya menguruskan negeri ini," tambah Peter yang juga Naib Presiden
Parti Warisan Sabah.
Mengenai
kedudukan beliau yang dikekalkan sebagai Presiden KDM Malaysia tanpa bertanding
pada MAT itu, Peter berkata, ia adalah satu amanah dengan tanggungjawab besar
tetapi pada masa yang sama menguatkan lagi azamnya untuk menerajui pertubuhan
itu sebaik mungkin.
Menurutnya,
KDM Malaysia terus bertahan walaupun telah dihadapkan dengan pelbagai cabaran
dan rintangan kerana kukuhnya perpaduan di kalangan ahlinya serta adanya
dukungan dari masyarakat.
"Saya
yakin, jika kita berkerja sebagai sebuah pasukan yang kuat untuk menyumbang
kepada kemajuan pembangunan bangsa, kita akan terus mendapat dukungan
masyarakat, hanya dengan dukungan rakyat, KDM Malaysia akan terus dapat kukuh
bertapak," katanya.
No comments:
Post a Comment