Peter kekal Presiden KDM Malaysia tanpa bertanding
DATUK PETER ANTHONY |
KOTA
KINABALU: Datuk Peter Anthony dan barisan Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia sesi 2018-2020 menang tanpa
bertanding.
Ketua
Penerangan Pertubuhan KDM Malaysia, Donneysius Ansuku berkata pencalonan yang dibuat
secara terbuka pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Keenam pertubuhan itu di
salah sebuah hotel di sini pada Sabtu menyaksikan tidak ada pertandingan bagi
semua jawatan tetapi beberapa calon adalah muka baru.
“Muka
baru itu sama ada menggantikan penyandang sebelum ini yang meletak jawatan atau
tidak tidak lagi dicalonkan,” katanya.
Peter
dikekalkan sebagai presiden bersama timbalannya, Datuk Juil Nuatim.
Manakala
Mudi Dubing dan Ahuar Rasam pula kekal sebagai antara lima Naib Presiden
manakala tiga lagi diisi muka baru iaitu Justin Alip, Martin Tommy dan Dato
Baintin Adun.
Muka
lama lain yang dikekalkan adalah Donneysius Ansuku (Ketua Penerangan) dan Henry
Saimpon (Ketua Belia) manakala muka baru adalah Ebby Roy (Penoplong Ketua
Belia), Jo-Anna Henly Rampas (Ketuas Beliawanis) dan Elvina Jane Justin
(Penolong Ketua Beliawanis).
Dua
puluh tiga Ahli Majlis Tertinggi pula terdiri daripada 19 yang menang tanpa
bertanding.
Mereka
terdiri daripada Geoferry Joseph, Jikol Taguah, George Timus, Masly Dangku,
Michael Angkui, Jellysius Saimpon, Barlus Magabis, Justin Silut Juani, Jominit
Kobuhi, Ampulas Kaluhu, Julian Goduli, Haris Bolos, Abu Bakar Ellah, Jatil
Junggok, Nixboy Piunin, Agustin Paga, Florence LRM Ebbie, Charles Ebbie dan
Markos Siton.
Empat
lagi dilantik terdiri daripada Nossil Basayu, Lasimin Manjani, Sylvester Joseph
dan George Jonik.
Beberapa
jawatan lantikan juga telah diisi dengan Mohd Zinin Andong Ajak mendahului
senarai dilantik sebagai Setiausaha Agung, Jack Situn (Penolong Setiausaha
Agung), Remy @ Lazarus Anthony (Bendahari) dan Rasinin Koutis (Penolong
Bendahari).
Mesyuarat
agung tahunan itu dihadiri lebih 70 perwakilan dari seluruh negeri.
Sementara
itu Zinin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden KDM
Malaysia, Datuk Peter Anthony diatas perlantikan sebagai Setiausaha Agung
Pertubuhan KDM Malaysia yang baru pada AGM KDM Malaysia yang baru saja selesai
petang Sabtu.
“Sesungguhnya,
perlantikan ini bukanlah sebagai satu kebanggaan tapi lebih kepada satu
tanggungjawab untuk membantu Presiden dan semua saf kepimpinan memartabatkan
KDM Momogun di Negeri Sabah,” kata Zinin.
DATUK PETER (depan tengah) bersama barisan jawatankuasa tertinggi KDM Malaysia bergambar bersama selepas MAT pertubuhan itu di salah sebuah hotel di sini pada Sabtu. |
No comments:
Post a Comment