Bicara Presiden Warisan di Pohon Batu dihadiri 2,000 penduduk Labuan
Shafie diiringi Salim (kanan) dan Honorsius ketika menjawab soalan media di Pohon Batu |
LABUAN:
20 Januari 2018 – Penduduk Labuan menyambut kehadiran Presiden Parti Warisan
Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dengan penuh semangat dan harapan untuk
merealisasikan perjuangan parti itu, Sabah Ubah, Labuan Ubah, Undi Warisan.
Kehadiran
penduduk ke Bicara Presiden Warisan dengan sendirinya menyemarakkan sokongan mereka
kepada Parti Warisan untuk menyokong calon parti itu bertanding kawasan
Parlimen P166 Labuan pada PRU14 tahun ini.
Kira-kira
2,000 penduduk yang hadir dalam program di Pohon Batu itu telah menyaksikan 15
wakil Pusat Daerah Mengundi (PDM) Labuan menyerahkan borang keahlian kepada
Shafie yang merangkumi 1,163 ahli baharu.
Hadirin Bicara Presiden Warisan di Pohon Batu |
“Sabah
Ubah, Labuan Ubah, Undi Warisan,” demikian gema laungan hadirin bersahut-sahutan
menyambut isi-isi ucapan Shafie yang bertenaga dan penuh harapan untuk mewujud
perubahan hidup rakyat.
Shafie
menegaskan perubahan di Sabah yang didukung perubahan di Labuan bakal memberi
impak ke atas perubahan menyeluruh dalam iklim politik dan kehidupan rakyat
Malaysia.
Shafie bersama para pemimpin kanan Warisan ketika Bicara Presiden di Labuan |
“Esok
Warisan mendapat mandat mentadbir Sabah, kita akan menuntut kerajaan
Persekutuan menunaikan agihan 20 peratus hasil minyak dari Sabah guna
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk,” kata Shafie.
Menurut
Shafie, perubahan yang diperjuangkan Warisan di Sabah turut sama memberi
limpahan kepada Labuan dalam aspek kesejahteraan hidup, peluang pekerjaan dan
kemakmuran ekonomi.
“Dari
segi bekalan tenaga elektrik dan air, Labuan bergantung kepada sumber dari
Sabah dan Warisan akan memastikan penduduk Labuan memperoleh bekalan yang
mencukupi dengan kadar tarif yang sama dengan Sabah,” kata Shafie.
Orang ramai mengiringi keberangkatan balik Shafie selepas Bicara Presiden |
Shafie
yang juga Ahli Parlimen Semporna seterusnya memberitahu bahawa Kerajaan Warisan
Sabah akan turut memberi tumpuan kepada pembangunan pelabuhan Labuan dan
pelaburan industri minyak dan gas demi membuka peluang pekerjaan yang lebih
luas kepada penduduk Labuan.
Menurutnya,
di bawah perancangan Warisan, pelabuhan Kudat akan diperkembangkan fungsinya
dalam pelayaran antarabangsa pelbagai arah, manakala pelabuhan Labuan akan
diberi fungsi dalam rangkaian pelabuhan di Sabah.
Hadirin saling mengambil ruang berselfie bersama Shafie |
Sementara
itu, kumpulan pakar parti Warisan telah mengenal pasti mekanisme pengujudan
syarikat minyak Sabah untuk melaksanakan sendiri usaha cari gali termasuk
menempatkan perusahaan di Labuan.
Shafie
seterusnya menjelaskan bahawa pemerhatiannya tentang sektor perkapalan dan
fungsi pelabuhan di Labuan memberi kesan awal bahawa sektor itu sedang
mengalami kemunduran dan gagal memberi sumber pekerjaan kepada penduduk.
Pelancongan
juga menjadi ketuamaan Warisan dan sebaik menerima mandat, usaha dijalankan
untuk meningkatkan kehadiran pelancong demi perkembangan perusahaan perhotelan,
restoran dan peluang perniagaan kepada penduduk.
Munirah memberi perangsang ke atas peranan wirawati dalam perjuangan Warisan |
Turut
hadir Ketua Penyelaras Warisan Labuan, Salim Abdul Rahman dan para pemimpin
kanan parti terdiri daripada Timbalan Presiden, Darell Leiking, Naib-naib Presiden,
Datuk Dr Jaujan Sambakong dan Junz Wong, Setiausaha Agung, Loretto Padua Jr,
Bendahari Agung, Terence Siambun, Setiausaha Penganjur, Honorsius Datuk Alfred
Bosuin, Ketua Wanita, Hajah Johair Matlani, Ketua Wira, Datu Azis Jamman dan
Ketua Wirawati, Munirah Majilis.
Shafie
dan rombongan melakukan lawatan kerja tiga hari di Labuan dan turut mengunjungi
penduduk beberapa perkampungan serta para peniaga di pasar tani dan UTC.
Warisan dibarisi para pemimpin berpengalaman dan berpengetahuan |
No comments:
Post a Comment