Parti Warisan Sabah mulai bertapak kukuh di Labuan
|
Salim bersama penduduk Ranca Ranca Darat dalam satu sesi gotong royong |
Sejak mula bertapak di Labuan Jun 2017, Parti Warisan Sabah telah menerima sambutan baik dari kalangan penduduk untuk menentukan halatuju politik mereka yang tidak terjaga dalam naungan Wilayah Persekutuan.
Warisan Labuan yang diselaras oleh Salim Abdul Rahman kian hari semakin banyak menerima pelawaan penduduk dari pelbagai kampung untuk menyertai program kemasyarakatan yang mereka adakan.
Program kemasyarakatan yang diadakan penduduk menandakan mereka bersedia menyokong perjuangan Warisan pimpinan mantan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
|
Warisan Ranca Ranca Darat bergotong royong membersih jalan kampung |
Program kemsayarakatan yang dianjurkan penduduk meliputi kerja-kerja gotong royong, sukan dan ramah mesra sosial. Pelaksanaan program kemasyarakatan di peringkat kampung-kampung dengan sendirinya menunjukkan Warisan sedang menempati hati penduduk sebagai pilihan utama apabila mengundi dalam PRU14 kurang tiga bulan dari sekarang.
Penduduk turut mengadakan sukan Warisan sebagai program membuka kesempatan saudara mara sekampung mendekati perjuangan Parti Warisan. Tanpa mempersoalkan nilai dan bentuk hadiah, penduduk menyertai program sukan bagi menunjukkan mereka menyambut kehadiran Warisan.
|
Salim bersama sebahagian penganjur Sukan Dart Warisan Tanjung Aru Labuan |
|
Penganjur Sukan Dart bersama Salim merentang bendera Warisan |
Sayap Wanita dan Wirawati turut menggembleng tenaga turun ke lapangan melaksanakan bakti sosial. Terbaru, aktiviti yang mereka laksanakan ialah pengumpulan dana membantu mangsa-mangsa banjir dan pokok tumbang serta pesakit kencing manis, strok dan tumor.
|
Wanita dan wirawati dengan sumbangan mereka. |
|
Wanita menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa bencana alam |
Angin perubahan politik penduduk Labuan dari menyokong Umno-BN kepada Warisan kian jelas apabila dari sehari ke sehari ada sahaja anggota baharu menyertai pergerakan Warisan di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Dan perkembangan yang paling menggembirakan ialah kepimpinan Warisan Labuan sudah mencapai tahap kemantapan dan siap sedia berdiri sebagai satu bahagian dengan barisan kepimpinan yang lengkap meliputi jawatankuasa induk, wira, wirawati, wanita dan semua PDM.
Kemuncak kemantapan Warisan Labuan dapat direalisasikan apabila Shafie menemui penduduk pulau ini hujung Januari 2018 untuk meninjau kesiap-siagaan parti mewakili pembangkang Labuan bertanding PRU14 menghadapi Umno-BN.
Sepanjang tempoh kurang setahun ini, kalangan pemimpin kanan Warisan telah beberapa kali mengadakan lawatan kerja ke pulau ini.
Antara yang pernah menemui penduduk Labuan ialah Timbalan Presiden, YB Darell Leiking, Naib Presiden, YB Junz Wong, Ketua Penerangan, Honorsius Datuk Alfred Bosuin, Ketua Wanita, Hajah Johair Hj Matlani dan wakil-wakil ibu pejabat wira dan wirawati.
|
Ketua Wirawati menyampaikan sumbangan tunai kepada salah seorang penerima. |
|
Sebahagian penggerak Wanita ceria menunjukkan simbol Warisan dalam satu aktiviti turun padang. |
No comments:
Post a Comment