Jentera pilihan raya Warisan semua 15 PDM Labuan mulai bergerak
Honorsius bersama sebahagian jentera Warisan 15 PDM Labuan |
LABUAN: Jentera pilihan raya semua 15 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Labuan sudah digerakkan demi meyakinkan Parti Warisan Sabah mampu mewakili suara pembangkang berhadapan Umno-BN menawan kerusi Parlimen Labuan PRU14 tidak lama lagi.
Setiausaha Penganjur Parti Warisan Sabah, Honorsius Datuk Alfred Bosuin menerima pernyataan tersebut dari wakil Warisan semua PDM Labuan dalam satu perjumpaam khas di sini pada Khamis.
"Presiden Warisan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan menemui penduduk Labuan hujung Januari untuk meninjau sendiri kehendak penduduk yang mahu pucuk pimpinan meletak calon kawasan Parlimen Labuan PRU14," kata Honorsius, mantan Ketua Penerangan Warisan yang kini turut dipertanggungjawabkan sebagai Setiausaha Tugas-Tugas Khas Presiden.
Salim Abdul Rahman (berdiri) dalam perjumpaan bersama Wira, Wirawati dan Wanita Warisan Labuan |
Honorsius menambah, ibu pejabat Warisan telah memasukkan keperluan penduduk Labuan dalam manifesto pilihan raya, namun semua PDM masih perlu kemukakan kepada Penyelaras tentang apa yang mereka harapkan dapat dilaksanakan kerajaan selepas pilihan raya.
Warisan Labuan diselaraskan oleh Salim Abdul Rahman dari PDM Pohon Batu dibantu wakil-wakil semua 15 PDM merangkumi sayap wira, wirawati dan wanita.
Salim, 54, sebelum menyertai sektor korporat berpengalaman 20 tahun dalam operasi kejuruteraan sebuah syarikat carigali Petronas.
Salim, 54, sebelum menyertai sektor korporat berpengalaman 20 tahun dalam operasi kejuruteraan sebuah syarikat carigali Petronas.
Salim (berdiri) bersama rombongan dari ibu pejabat Warisan, Kota Kinabalu |
Mengiringi Honorsius ke Labuan ialah Ketua Wanita Warisan, Hajah Johair Matlani, wakil sayap Wira, Safari Adnan dan wakil wirawati dari ibu pejabat Warisan, Kota Kinabalu.
Sementara itu, Salim ketika memberi maklum balas kepada rombongan ibu pejabat Warisan menyatakan pihaknya sedang mempersiapkan kedatangan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ke Labuan dan berharap Presiden Warisan dapat mengumumkan pendekatan parti mengatasi kemelut ekonomi yang sedang melanda penduduk Labuan sekarang.
Sebahagian penggerak Warisan peringkat PDM Labuan |
Salim yakin Shafie sebagai ahli ekonomi dengan pengalaman menteri persekutuan puluhan tahun dapat memecah kebuntuan penduduk Labuan untuk memperbanyak peluang peluang pekerjaan dan merangsang suasana perniagaan yang kini merudum.
Perjumpaan sayap wira, wirawati dan wanita Warisan Labuan |
Perjumpaan jawatankuasa penyelaras induk Warisan Labuan |
Mantan Pengerusi Tetap Wanita Upko-BN Labuan (tengah) bersama Wanita Warisan Labuan |
Honorsius bersama rombongan ibu pejabat Warisan ketika menemui Warisan Labuan pada Khamis |
No comments:
Post a Comment