Saturday, 14 April 2018

Hubungan Martin, Bonepes baik tanpa masalah


Martin, Bonepes difitnah dan cuba dilaga-lagakan kumpulan dari luar Warisan


SOOK: 14/4/2018 – Penularan media sosial whatsapp yang menggambarkan suasana dalaman Parti Warisan Sook, Parlimen Pensiangan merupakann usaha kotor kumpulan dari luar parti bertujuan menimbulkan keraguan pengundi terhadap keberkesanan kepimpinan Warisan di sini.

Timbalan Penyelaras Warisan Sook, Simon Susuru berkata penularan atau viral media sosial itu sengaja mencipta cerita kononnya hubungan di antara Penyelaras Warisan Sook, Martin Tommy dengan Ketua Penerangan Warisan Pensiangan, Bonepes Been sangat buruk dengan satu sama lain mengungkit keburukan masa lalu.

“Sebenarnya tidak wujud keadaan saling memburuk-burukkan di antara Martin dan Bonepes seperti
SIMON SUSURU
yang diperkatakan yang kononnya berlaku kerana berebut menjadi calon Warisan kawasan DUN Sook.”

“Martin dan Bonepes masing-masing sangat arif tentang proses pemilihan calon yang terletak di tangan Presiden (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal),” kata Simon.

Simon menegaskan, sebagai pemimpin kanan Warisan Sook, beliau sangat tahu keadaan kepimpinan di kawasan itu dan sepengetahuannya hubungan Martin dan Bonepes adalah baik khususnya dalam mengadakan program dari satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) ke PDM yang lain.

“Martin dan Bonepes selalu berada dalam majlis yang sama di mana-mana pun perjumpaan Warisan diadakan dalam kawasan DUN Sook dan mereka saling membantu untuk melaksanakan program parti,” kata Simon.

Simon meminta semua pendukung dan penyokong Warisan agar tidak mempercayai fitnah ke atas Martin dan Bonepes kerana penyebaran berita tidak bertanggungjawab itu merupakan propaganda yang sengaja diciptakan pihak yang dengki dengan sambutan baik penduduk kepada Warisan di sini.

Simon juga meminta netizen (orang-orang yang menggunakan media sosial) agar tidak ikut menyebarkan cerita fitnah Martin dan Bonepes kerana pihaknya akan membuat pemantauan untuk mencatat nombor handphone yang terlibat untuk dilaporkan kepada pihak polis.

Viral fitnah ke atas Martin dan Bonepes

No comments:

Post a Comment