Warisan komited pastikan tiada keluarga tercicir terima bantuan kemanusiaan
MUDI jelajah kampung ke kampung sampaikan bantuan |
Oleh Henry Bating
SOOK
(Keningau): Kerajaan Negeri Sabah sentiasa memastikan tiada penduduk tercicir
dari menerima agihan bantuan keperluan harian dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Fasa Kelima ini.
Pengerusi
Perkasa Hotel Holdings Mudi Dubing berkata dalam pengagihan di kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Tulid bekalan makanan disalur melalui Menteri
Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony.
“Kita
sedang menjangkau semua keluarga kerana kita maklum masih ada pihak yang belum
menerima agihan bantuan makanan yang disediakan,” katanya.
Mudi
yang juga Naib Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Pensiangan berkata demikian
ketika mengagih-agihkan bantuan makanan dan pelitup muka dalam misi kemanusiaan
di tiga mukim melibatkan Lanas, Tulid dan Transpagalan di sini.
PENERIMA: Mudi (kiri) menghulur bantuan terus ke rumah penerima. |
Mudi
menjelaskan pihaknya menerima laporan dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat
(UPPM) Sook bahawa masih terdapat dua kampung di mukim Lanas belum menerima
bantuan berkenaan.
Menurut
Mudi, rekod UPPM juga menunjukkan 20 kampung di kawasan Sook termasuk kampung
penaja telah menerima agihan bantuan makanan tersebut.
“Manakala
rekod agihan dalam Mukim Tulid dan Mukim Transpagalan sedang diperincikan,”
katanya.
Mudi
menyeru kepada semua pihak yang belum menerima bantuan agar menghubungi Ketua
Kampung atau Pengerusi MPKK di kampung masing-masing bagi membolehkan pihaknya
menghantar terus bantuan yang disediakan.
Dalam
mematuhi peraturan penjarakan sosial, Mudi dan para petugas parti menghantar bantuan
berkenaan terus kepada keluarga penerima dari rumah ke rumah sambil menziarahi
penduduk yang terlantar.
KLINIK: Mudi (ketiga kanan) menyerahkan sumbangan kepada petugas kesihatan. |
MUDI menziarahi orang sakit terlantar di rumah |
MUDI pastikan tiada keluarga tercicir menerima bantuan Kerajaan Negeri Sabah |
No comments:
Post a Comment