KDM Malaysia tolak propaganda pembangkang konon berlaku peralihan kuasa di Sabah
KDM: Peter diiringi Mudi (kanan) dalam misi kemanusiaan
di kawasan KDM |
Oleh HENRY BATING
KOTA
KINABALU: Kepimpinan Pertubuhan KDM Malaysia yang terlibat secara langsung
dalam pentadbiran Negeri Sabah menolak retorik ‘cyber trooper’ pembangkang kononnya Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Presiden
KDM Malaysia Datuk Peter Anthony berkata realiti politik masa kini menunjukkan
kepimpinan negeri yang diterajui Warisan + Pakatan Harapan kukuh dan berada di
landasan yang memihak kepada rakyat.
“Retorik
propaganda pembangkang yang tular di media sosial hanya mahu meniup angin menggoyang pokok untuk membuka ruang orang tertentu memberi
gambaran negatif ke atas kerajaan,” katanya.
Peter
yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur menegaskan dakwaan wujud 16 Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) berpaling tadah beralih sokongan dari Shafie kepada pemimpin lain hanya
andaian pemerhati luar.
“Kebenaran
dalam kerajaan menunjukkan ahli-ahli YB Kerajaan Sabah kekal dengan pendirian asal
berkhidmat kepada rakyat bersama kerajaan yang ada sekarang,” katanya yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah.
Menurut
Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, dakwaan peralihan
teraju negeri dari Shafie kepada pemimpin lain yang pernah mengangkat sumpah
jawatan Ketua Menteri selepas PRU14 tidak relevan kerana pemimpin berkenaan sedang
berhadapan puluhan kes mahkamah.
Peter
menegaskan kerajaan yang ada sekarang akan kekal sehingga PRU15 dan selepas itu barulah realiti baharu politik negeri menampakkan komposisi dalam DUN hasil keputusan pilihan raya.
Peter
yang juga Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Tenom berkata kebajikan rakyat di
kawasan-kawasan yang diwakili pembangkang terus terbela melalui usaha-usaha kebajikan
yang dilaksanakan.
Dalam
pelbagai misi kemanusiaan, kata Peter pihaknya berkali-kali menegaskan mahu
memastikan tiada penduduk tercicir menerima bantuan dan jika ada, pihaknya selalu mengambil maklum menghantar bantuan kepada keluarga berkaitan.
Kata
Peter lagi, kepimpinan kerajaan negeri sekarang ditadbir urus oleh kalangan pemimpin dan penjawat berpendidikan mengikut bidang tugas profesional di mana mereka
ditempatkan berkhidmat.
“Tiada
istilah kerajaan kini dikendali kalangan yang kurang berpendidikan kerana
jika demikian data harus dikemukakan untuk menyokong dakwaan,” kata Peter.
Sementara
itu Naib Presiden KDM Mudi Dubing yakin para pemimpin KDM dalam kerajaan sedang berusaha memberi yang terbaik kepada rakyat dan ini memberi
kelebihan kepada Shafie untuk terus mentadbir negeri ini.
x
No comments:
Post a Comment