Pemulihan Labuan dapat dibuat dari arah Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, kata Noor Halim
Dari kiri: Simsudin, Mulok dan Noor Halim |
LUBOK
TEMIANG (Labuan): 30/4/18 (Isnin) – Penduduk Labuan lebih beruntung jika
mengundi Parti Warisan Sabah pada PRU14 ini kerana pemulihan ekonomi Labuan akan
dapat dilaksanakan dari dua arah, dari peringkat persekutuan dan dari peringkat
Kerajaan Negeri Sabah.
Calon
Warisan P166 Labuan, Tuan Noor Halim bin Datuk Haji Zaini berkata ini kerana
banyak faktor memberi petunjuk bahawa pembangkang bakal memenangi pilihan raya
peringkat Parlimen sementara Warisan bersama PKR dan DAP bakal memenangi
pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
“Kemenangan
Warisan akan memberi laluan kepada penduduk Labuan untuk menuntut Putrajaya
menyempurnakan tanggungjawab pembangunan kepada Labuan di bawah status Wilayah
Persekutuan.”
“Di
samping itu, penduduk Labuan bakal mendapat sokongan politik dari Kerajaan
Negeri Sabah untuk mengujudkan semula pelbagai operasi perindustrian dan
perkilangan yang pernah dibangunkan sekitar awal 1980-an,” kata Noor Halim
ketika mengadakan pertemuan di Kg Lubok Temiang Isnin malam.
Noor Halim ketika berucap di Lubok Temiang |
Turut
hadir mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Mulok bin Awang Damit, Ketua Cabang
PKR Labuan, Simsudin Sidek dan kalangan ahli jawatankuasa induk Warisan Labuan.
Terdahulu
ketika memberikan ucapan sokongan kepada calon, Mulok menyatakan Putrajaya kian
mengabaikan tanggungjawab terhadap janji pembangunan kepada Labuan, sebaliknya
asyik memberikan janji yang terbukti hanya pembohongan.
“Janji
pembinaan jambatan Labuan – Menumbok sudah berapa lama? Janji hanya sekadar
janji kerana kewangan negara menunjukkan kerajaan persekutuan tidak mempunyai
sumber kewangan yang cukup untuk melaksanakan projek pembangunan besar.”
“Malahan
selepas satu kajian, sebuah kajian lain mahu dibuat. Dan setiap kajian menelan
jutaan ringgit. Sampai bila kita mahu dibohongi? Dipalui-paluinya kita, buyuk
semua,” ujar Mulok.
Mulok
seterusnya mengambil contoh, kronisme dan konspirasi yang menjadi amalan Umno
meletakkan Ahli Parlimen Labuan terus terpinggir tanpa diberi sebarang ruang
menduduki peranan penting di peringkat pusat.
“Ahli
Parlimen Labuan jarang mampu bertahan lama semata-mata kerana mahu menutup
senioriti untuk menduduki jawatan penting di peringkat persekutuan,” kata Mulok
yang merupakan Ahli Parlimen Labuan tiga penggal bermula 1986.
Turut
berucap Ketua Cabang PKR Labuan, Simsudin Sidek yang menyatakan PRU14 ini
menjadi cetusan kerjasama parti-parti pembangkang di mana calon Warisan mendapat
sokongan PKR dan DAP.
Simsudin ketika memberi ucapan sokongan kepada calon Warisan |
“Kita
menyokong Warisan kerana kita menghadapi musuh yang sama iaitu menumbangkan
Umno-BN. Justeru, saya merayu kepada semua penyokong PKR, semua penyokong DAP
agar memberikan undi kepada calon Warisan,” rayu Simsudin.
Calon
Warisan, Noor Halim melahirkan penghargaan atas sokongan Mulok, PKR dan DAP
lalu meminta kepada ustaz-ustaz agar menyokong Warisan untuk memberi lebih
peluang untuk menang.
Noor
Halim juga meminta semua penduduk agar menolak calon Pas, menolak calon Harapan
Rakyat pimpinan Datuk Lajim Ukin kerana parti-parti itu hanya mahu memberi
keuntungan politik kepada Umno-BN. Calon-calon pula bukan berasal dari Labuan.
Sebahagian hadirin ceramah Warisan di Lubok Temiang |
Perjumpaan diadakan di sebuah rumah penduduk |
No comments:
Post a Comment