Monday, 30 April 2018

Calon Warisan Labuan anak mantan YB


MENYINGKAP BIODATA CALON WARISAN P.166 LABUAN, NOOR HALIM BIN DATUK HAJI ZAINI

NOOR HALIM BIN DATUK HAJI ZAINI

TUAN NOOR HALIM BIN DATUK HAJI ZAINI, 53, berasal dari Kg. Durian Tunjung, Labuan, anak kepada mantan YB Labuan, Datuk Haji Zaini Haji Isa.

Sebelum menjadi calon, Noor Halim merupakan Jurutera Oil & Gas yang memulakan kerjaya di Sarawak Shell Berhad.

Noor Halim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Bumi/ Geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1998.

Noor Halim kemudian bertugas dengan pelbagai syarikat antarabangsa yang beroperasi di Arab Saudi, Qatar, Texas, Brunei dan Filipina.

Terlibat dalam politik seawal umur 15 tahun ketika zaman pemerintahan Parti Berjaya dan berlanjutan ke era pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) di mana ayahanda beliau merupakan salah seorang pemimpin tertinggi PBS.

Noor Halim ketika mengadakan pertemuan dengan penggerak kempen

Sejak 1999, Noor Halim meneruskan perjuangan politik melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ketika itu mula memperjuangkan reformasi dan terlibat dengan penubuhan cabang parti itu di Labuan. Dalam PKR, Noor Halim memegang jawatan sebagai Naib Ketua Cabang Labuan dan Pengarah Komunikasi MPN Sabah.

Di samping latar akademik sains, Noor Halim turut memiliki kemahiran dalam bidang komunikasi dari Malaysian Communication and Multimedia (2004) / Radio Amatur Ezam (RAE).

Noor Halim memiliki minat dalam sukan extram, ham radio, muzik dan melancong.



No comments:

Post a Comment