Noor Halim, calon
Warisan Labuan miliki kekuatan seimbang dengan Rozman
28
April 2018
PENYANDANG
kerusi Parlimen Labuan, Datuk Rozman Haji Isli berhadapan cabaran getir dari
calon Parti Warisan Sabah, Noor Halim Haji Zaini untuk mengekalkan kemenangan
pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan.
|
Noor Halim diiringi Warisan dan PKR ke penamaan calon di Kolej Matrikulasi Labuan |
Ini
kerana Noor Halim yang menjadi calon Warisan memiliki kriteria yang serupa
dengan Rozman bila dilihat dari segi latar belakang keluarga, akademik,
pengalaman bekerja dan pengaruh parti masing-masing.
Rozman merupakan anak bekas senator yang mewakili
Labuan, Datuk Haji Isli bin Haji Siput manakala Noor Halim merupakan anak bekas
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah dilantik, Datuk Haji Zaini Haji Isa.
Dari
segi kelulusan akademik, Rozman merupakan lulusan bidang pengurusan perniagaan
dari Amerika dan Manila, manakala Noor Halim adalah lulusan bidang zeologi-sains
bumi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
|
Noor Halim bersama pencadang, Jais Siol dan Julius Elias (kiri) |
Dalam
aspek pengalaman bekerja, Rozman pernah menjadi pengarah urusan pelbagai
syarikat antarabangsa manakala Noor Halim yang memulakan kerjaya dengan Shell
Sarawak melanjutkan profesion dengan bekerja di pelbagai syarikat multinasional
di pelbagai negara seperti Arab Saudi, Qatar, Texas, Brunei dan Filipina.
BN
yang mencalonkan Rozman didukung oleh pelbagai parti gabungan BN di Labuan
terdiri daripada Umno, PBS, Upko, MCA dan Gerakan. Manakala Warisan yang
mencalonkan Noor Halim turut didukung jentera PKR dan DAP.
|
Tan Sri Ibrahim Menudin ketika melancarkan kempen Warisan Labuan. Turut kelihatan, Ketua PKR Cabang Labuan, Simsudin (Kanan) |
Kawasan
Parlimen Labuan menyaksikan pertandingan empat penjuru untuk merebut kerusi
dalam Wilayah Persekutuan itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.
Pegawai
Pengurus Pilihan Raya, Raisin Saidin ketika membuat pengumuman memaklumkan
bahawa calon-calon itu terdiri daripada penyandang, Datuk Rozman Isli dari
BN-Umno yang akan berhadapan tiga calon lain dari Harapan Rakyat (HR), Pas dan
Parti Warisan Sabah (Warisan).
“Calon
Harapan Rakyat ialah Siti Zaleha Ibrahim, Ustaz Ahmad Junid Aling (Pas) dan
Noor Halim Haji Zaini (Warisan),” kata Raisin yang juga Pengarah Pendidikan
Labuan ketika membuat pengumuman di pusat penamaan calon, Dewan Kolej
Matrikulasi Labuan.
Selepas
pengumuman calon, utusan ibu pejabat Warisan, Tan Sri Ibrahim Menudin mengetuai
satu perjumpaan di pusat operasi Warisan di Patau-Patau, kira-kira dua
kilometer dari pusat bandar.
|
Sebahagian penggerak PDM Warisan Labuan |
Turut
bersama Noor Halim ialah Ketua Penyelaras Warisan Labuan, Salim Haji Abdul
Rahman, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Simsudin Sidek, jawatankuasa
induk Warisan Labuan, ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan beberapa
penggerak parti DAP.
Pencalonan
Noor Halim dicadangkan oleh penyelaras gerakan PDM Warisan Labuan, Jais Siol
dan disokong oleh ketua penerangan Warisan Labuan, Julius Elias.
|
Salim Abdul Rahman, Ketua Penyelaras Warisan Labuan menyampaikan ucapan |
Bilangan
pengundi berdaftar di Labuan yang layak mengundi PRU14 ini ialah 28,356
berbanding 24,474 pada PRU13.
Kerusi
Parlimen Labuan pada PR13 dimenangai Datuk Rozman Isli dengan jumlah undi
12,694 mengalahkan Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) yang memperoleh 6,069 undi dan
Hadnan Mohamad (Pas) 386 undi.
|
Noor Halim menyampaikan ucapan sulung dalam kempen PRU14 Parlimen Labuan |
|
Calon-calon Parlimen Labuan, dari kiri Junid, Noor Halim, Rozman dan Zaleha |