Cathrine Anthony, kakak sulung sembilan adik-beradik luah rasa kesal Poul buruk-burukkan Datuk Peter
KELATUAN
(Papar): 17 April 2018 – Cemuhan negatif Poul Anthony memburuk-burukkan adiknya,
Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony yang juga Naib Presiden Parti
Warisan Sabah adalah pemikirannya sendiri dan tidak melibatkan kongsi pandangan
adik-beradik dalam keluarga Anthony Moun.
Cathrine
Anthony, 65, anak sulung sembilan adik-beradik dalam keluarga Anthony turut
membidas kata-kata Poul yang ditularkan melalui media online pro-Umno. sabahkini2.com
yang disifatkannya sebagai menjadi alat kepada pemimpin Umno demi kepentingan
peribadi.
Adik-beradik Datuk Peter Anthony |
“Saya
bersama adik-beradik dalam keluarga Anthony ingin memaklumkan kepada semua di
mana sahaja berada bahawa Poul bukan lagi ahli keluarga kami semenjak dari dulu
lagi,” kata Cathrine.
Menurut
Cathrine, sudah lama Keluarga Anthony Moun memutuskan hubungan kekeluargaan
dengan Poul.
“Semua
orang kampung tahu dia (Poul) sebagai seorang yang jahat, selalu bergaduh
dengan orang kampung dan tidak ada seorang pun yang menyukai beliau.”
“Kami
seluruh keluarga tidak mempunyai adik yang gila macam Poul.”
“Dari
dulu lagi dia selalu suka membohong dan menipu. Hidup dia selalu mengambil
kesempatan. Tabiatnya tidak ubah seperti perumpamaan, bila ada gula, di sanalah
dia mengampu.”
“Baru-baru
ini dia panggil orang kampung datang rumah dia untuk buduh-buduhkan orang
kampung. Saya juga dibagi tahu oleh kawan yang hadir masa itu bahawa Anifah
Aman (mantan Ahli Parlimen Umno Kimanis) bagi 30 ringgit (RM30) seorang untuk
suruh undi BN (Barisan Nasional).”
“Poul
juga cuba beri saya dan adik saya Michael duit sebanyak 200 ringgit (RM200)
tapi saya tidak ambil.”
“Ada
juga kawan-kawan datang dalam majlis itu yang dihadiri oleh Anifah (Aman) dan
Alamin (Mohamad Alamin – mantan Adun Umno Bongawan) memaklumkan kepada saya
bahawa mereka diminta memburuk-burukkan imej Datuk Peter (Anthony) untuk
membantu BN dalam PRU14 ini,” kata Cathrine.
“Saya
juga ada dengar Anifah kasi dia (Poul) engine sangkut tapi orang kampung
bilang dia tidak pegi laut, yang tulung dia cari ikan orang asing kunun.”
“Lagi,
dia (Poul) ini inda buli jual ikan di pasar Papar pasal semua penjual tidak
suka dia, penjahat bilang diorang.”
Oleh
yang demikian, kata Cathrine, “sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa Poul ini
merupakan seorang penipu, penjahat dan bukan ahli keluarga kami lagi”.
No comments:
Post a Comment