Warisan mampu bangunkan semula kemakmuran Labuan
Noor Halim (ketiga kiri) ketika bersama rombongan menemui pengundi sekitar bandar Labuan |
LABUAN:
Parti Warisan Sabah mampu memulihkan semula ekonomi Labuan dan mengembalikan kemakmuran
hidup penduduk seperti yang dinikmati era 1980-an ketika mana pelbagai peluang
pekerjaan dan perniagaan tumbuh dengan subur.
Utusan
ibu pejabat Warisan, Tan Sri Ibrahim Menudin berkata, dengan mengundi Warisan
pada PRU14 ini, Labuan akan diletakkan di bawah pemantauan Kerajaan Negeri
Sabah di samping hubungan langsung dengan Putrajaya.
“Dengan
mengekalkan momentum perolehan undi PRU13 dan menambah sedikit lagi tambahan
undi hasil kerjasama dengan PKR, DAP dan pengundi pelbagai kaum, Warisan
mempunyai laluan yang cerah untuk memenangi kerusi Parlimen Labuan,” kata
Ibrahim.
Ibrahim
yang juga tokoh korporat negara berkata demikian ketika melancarkan kempen
calon Warisan, Noor Halim Datuk Haji Zaini selepas penamaan calon 28 April lalu
di pusat operasi PKR Patau Patau 1.
Ibrahim Menudin ketika melancarkan kempen calon Warisan Labuan |
Ibrahim
seterusnya menjelaskan, di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan (WP), Labuan
hanya sempat menikmati kepesatan pembangunan 10 tahun selepas rasminya pulau
ini beralih naungan dari Kerajaan Negeri Sabah ke WP pada 1984.
Menurut
Ibrahim, banyak perkara yang sepatutnya Labuan peroleh dari kerajaan pusat
sebagai salah sebuah dari tiga Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur dan
Putrajaya.
“Dalam
susunan kabinet negara, Ahli Parlimen Labuan yang telah mendapat sokongan
penduduk Labuan sepatutnya ditempatkan sekurang-kurangnya Timbalan Menteri,
tapi inipun diabaikan oleh persekutuan,” kata Ibrahim.
Ibrahim
meminta kepada penduduk Labuan agar memberi undi kepada calon Warisan pada 09
Mei depan agar sektor industri dapat diperhebatkan kembali dan laluan penduduk
untuk memperoleh pekerjaan dan peluang perniagaan dapat dipulihkan.
Turut
hadir Ketua Penyelaras Warisan Labuan, Salim Haji Abdul Rahman, Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Simsudin Sidek, jawatankuasa induk Warisan Labuan,
ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan beberapa penggerak parti DAP.
Pencalonan
Noor Halim dicadangkan oleh penyelaras gerakan PDM Warisan Labuan, Jais Siol
dan disokong oleh ketua penerangan Warisan Labuan, Julius Elias.
Dalam
PRU14 ini, Noor Halim berhadapan penyandang Datuk Rozman Isli dari Umno, Junid
Aling (Pas) dan Siti Zaleha Ibrahim (Harapan Rakyat).
Bilangan
pengundi berdaftar di Labuan yang layak mengundi PRU14 ini ialah 28,356
berbanding 24,474 pada PRU13.
Kerusi
Parlimen Labuan pada PR13 dimenangai Datuk Rozman Isli dengan jumlah undi
12,694 mengalahkan Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) yang memperoleh 6,069 undi dan
Hadnan Mohamad (Pas) 386 undi.
No comments:
Post a Comment